Thursday, March 26, 2009

Proses Mendengar ( Pembentangan Pertama)

Proses Mendengar

1. Mengingat
2. Menilai
3. Maklum Balas

1. Mengingat

Mesej yang diterima dan difahami perlu diingati sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh masa
Menambahkan ingatan dengan membuat nota atau merekod mesej

Meningkatkan ingatan mesej dengan :

  • Mengenalpasti idea utama dan idea sokongan dalam mesej
  • Membuat kesimpulan terhadap mesej tersebut
  • Mengulang nama dan kata kunci
  • Bertanya soalan

2. Menilai

  • Mengadili dan mengkritik sesuatu mesej
  • Menilai tujuan sebenar seseorang pengucap
  • Berlaku tanpa disedari
  • Boleh mengenalpasti tujuan dan memberi maklumbalas yang baik kepada pengucap jika mengenali seseorang itu dengan sebaiknya
  • Penilaian kepada analisis kritikal

Dalam proses penilaian, cuba untuk:

  • Mengelakkan daripada membuat penilaian sehingga betul-betul memahami tujuan pengucap
  • Mengandaikan pengucap seorang yang berniat baik dan meminta penjelasannya tentang isu tertentu
  • Membezakan fakta-fakta daripada kesimpulan, pendapat dan tafsiran individu
  • Mengenalpasti bias, kepentingan diri dan prasangka

3. Maklum Balas

  • Berlaku dalam 2 peringkat:
  1. Semasa pengucap sedang bercakap
  2. Selepas pengucap berhenti bercakap

  • Juga dikenali sebagai maklumbalas iaitu maklumat yang dihantar balik kepada pengucap oleh pendengar untuk memberitahu perasaan dan pemikirannya terhadap mesej

Semasa pengucap sedang bercakap

  • Memberi maklumbalas yang menyokong dan menunjukkan bahawa pendengar sedang mendengar
  • Ini termasuk komunikasi bukan lisan yang dikenali sebagai ‘backchanneling cues’

Selepas pengucap berhenti bercakap

  • Lebih terperinci dan menunjukkan ekspresi yang empati, meminta penjelasan, mencabar dan bersetuju

Maklumbalas yang efektif

  • Memberi sokongan kepada pengucap dengan menggunakan pelbagai ‘backchanneling cue’
  • Menunjukkan sokongan kepada pengucap dalam maklumbalas yang terakhir
  • Menyatakan pandangan dan perasaan sendiri dengan menggunakan ‘I-messages'
  • Jujur

Rujukan

Devito, J.A. (2006). Tenth ed. Human communication (the basic course) USA: Pearson Education, Inc.

No comments:

Post a Comment