Thursday, March 26, 2009

Kemahiran Perbualan ( Pembentangan Kedua)

Metaskills
Kemahiran umum yang membantu mengawal dan membuat perubahan yang bersesuaian mengenai kemahiran perbualan

Ia meliputi empat aspek:

1. Mindfulness
2. Flexibility
3. Cultural sensitivity
4. Metacommunication

1. Mindfulness

  • Kesedaran di mana kita sedar akan tujuan untuk berfikir atau bertingkah laku
  • Kemahiran interpersonal dapat digunakan dengan berkesan jika kita ada kesedaran

3 cadangan untuk meningkatkan mindfulness

  • Mencipta dan mencipta semula kategori
  • Terbuka kepada maklumat baru dan pandangan
  • Berhati-hati supaya tidak terlalu bergantung kepada penilaian awal

2. Flexibility

Kebolehan untuk menyesuaikan strategi komunikasi berdasarkan situasi yang unik

4 cara untuk meningkatkan kelenturan

  • Sedar bahawa tiada dua situasi atau orang adalah sebenarnya serupa
  • Sedar bahawa komunikasi sentiasa mengambil tempat dalam konteks
  • Sedar bahawa semuanya adalah dalam keadaan yang berubah-ubah
  • Sedar bahawa setiap situasi memberi pilihan yang berbeza untuk berkomunikasi

3. Cultural sensitivity

  • Sikap dan cara bertingkah laku di mana kita perlu sedar dan tahu perbezaan budaya
  • Komunikasi interpersonal antara 2 orang yang berbeza dari segi jantina, kaum, warganegara atau cara meluanhkan perasaan tidak akan berkesan tanpa sensitiviti budaya

4 panduan untuk meningkatkan sensitiviti budaya

  • Menyediakan diri
  • Mengenalpasti dan menghadapi ketakutan diri
  • Mengenalpasti perbezaan
  • Peka terhadap peraturan budaya dan adat kebiasaan orang lain

4. Metacommunication

  • Komunikasi yang merujuk kepada komunikasi yang lain
  • Komunikasi mengenai komunikasi
  • Kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan adalah metacommunicational
  • Keberkesanan interpersonal bergantung kepada kemampuan metakomunikasi

4 cadangan untuk meningkatkan metacommunication

  • Menjelaskan perasaan bersama pandangan
  • Menyampaikan mesej feedforward dengan jelas
  • Menjelaskan mesej dengan kata-kata lain (Paraphrase)
  • Menggunakan metacommunication untuk bercakap mengenai corak komunikasi

Rujukan

Devito, J.A. (2006). Tenth ed. Human communication (the basic course) USA: Pearson Education, Inc.






No comments:

Post a Comment