Kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang dirasai apabila seseorang berdepan dengan budaya lain yang berbeza dengan budaya asalnya, atau berdepan dengan persekitaran sosial yang baru. Kejutan budaya biasa berlaku pada golongan imigran dan pelajar asing yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Faktor-faktor Kejutan Budaya Berlaku1. Faktor KognitifKejutan budaya berlaku hasil daripada salah faham nilai-nilai budaya, kepercayaan, kelakuan dan norma-norma bagi masyarakat baru. Manusia biasanya gagal menggunakan budaya sendiri untuk mengaplikasi dalam budaya yang baru secara berkesan dari segi penafsiran, penilaian dan perlakuan. Perkara-perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui negara-negara yang mengamalkan budaya individualistik dan negara-negara yang mengamalkan budaya bersama. Dalam budaya individualistik seperti yang diamalkan di negara Amerika Syarikat dan Britain, mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan suka selesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Di negara Mexico dan Filipina pula, penduduk di sana mengamalkan budaya bersama dengan menggalakkan kerjasama antara kumpulan dan selalu bertanggungjawab terhadap kumpulan. Bagi mereka yang berasal daripada budaya bersama akan berpendapat bahawa orang Britain tidak menghormati mereka. Dalam kontras, bagi mereka yang berasal daripada budaya individualistik akan berpendapat bahawa orang Filipina tidak berdikari. Selain itu, sistem pemikiran dalam masyarakat Asia Timur adalah berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat Asia Timur mengamalkan konsep holistik secara bersinabungan, berdasarkan perhubungan dan persamaan serta pengalaman manakala masyarakat barat mengamalkan konsep analitik yang diskret, berdasarkan kategori, peraturan, dan prinsip asas serta membuat analisis secara abstrak (Nisbett, 2001).
2. Faktor Peraturan KelakuanKejutan budaya berlaku kerana individu tidak tahu akan peraturan-peraturan kelakuan yang dikaitkan dengan bahasa lisan dan bukan lisan yang diamalkan dalam negara asing. Sebagai contoh, perbezaan dalam cara membuat keputusan, bagaimana tugasan dibahagikan dan bagaimana masa diperhatikan. Orang Jepun umumnya mempunyai reputasi ketepatan masa yang sangat tinggi. Dalam perniagaan dan kehidupan akademik, ketepatan terhadap masa adalah sangat penting. Jika anda akan lewat untuk menghadiri suatu perjumpaan, mestilah diberitahu awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul. Selain itu, perjumpaan dengan pensyarah pada 8am mestilah tiba pada 8am. Tetapi jika anda dijemput lawat rumah seseorang untuk sarapan pada 8am, anda harus tiba pada kira-kira sepuluh minit selepas pukul lapan, tetapi tidak melebihi dua puluh minit yang melampau. Bila anda dijemput oleh kawan untuk menghadiri satu parti pada 8pm mungkin bererti bila-bila masa daripada 9.30pm seterusnya. Sebagai contoh tambahan, ‘ Kamu nak pergi mana?’merupakan bentuk sapaan yang biasa digunakan di antara orang cina. Walau bagaimanapun, di negara Britain, ayat ini mungkin didakwa sebagai pencerobohan peribadian. Perbezaan yang halus ini wujud dalam budaya yang berlainan dan boleh menyumbang kepada kejutan budaya (Lin, 2008).
3. Faktor Sosial-PsikologikalKejutan budaya yang berkaitan dengan perasaan kesejahteraan dalam negara asing dimana komponen penyesuaian sosial interaksi adalah berkesan dengan penduduk asal di negara asing. Dimensi psikologi kejutan budaya boleh diertikan dalam soal ketidaksamaan kebudayaan dan perasaan sunyi di negara asing. Contohnya, cara pemakaian dan makanan yang amat berbeza akan menimbulkan perasaan rindu akan negara asal mereka. Dimensi sosial bagi kejutan budaya pula boleh diertikan individu kekurangan pengetahuan kebudayaan yang sesuai tentang budaya asing. Contohnya, bahasa atau dialek yang berbeza akan menimbulkan perasaan konflik pada diri sendiri. Tambahan pula, bahasa UK adalah lebih susah difahami walaupun anda fasih dalam bahasa Inggeris kerana rakyat di sana bercakap dengan cepat dan anda mungkin berasa malu untuk meminta mereka berulang apa yang telah cakap. Bagi mereka yang mempunyai etnosentrik yang kuat adalah kurang cenderung untuk memahami atau menimbangkan perspektif, idea dan kelakuan budaya lain. Jika kelakuan ditanggapi sebagai tidak sesuai atau tidak boleh diterima dalam budaya asing, orang itu akan menerima maklum balas yang negatif. Ini boleh mengakibatkan kekecewaan dan kebimbangan yang akan meningkatkan kejadian kejutan budaya (Black, 1990).
4. Faktor Perwatakan PersonalitiKajian telah menunjukkan bahawa personaliti dengan ciri-ciri dan kemahiran-kemahiran tertentu yang ada pada seseorang akan menentukan kejutan budaya berlaku atau tidak. Kemahiran interpersonal yang lemah menyebabkan kejutan budaya berlaku. Hal ini demikian kerana mereka gagal mengenalpasti masalah yang wujud dalam perhubungan. Masalah yang telah dikenalpasi ini penting untuk memperbaiki diri sendiri supaya kita menjadi lebih baik dan boleh beradaptasi di negara asing. Kesediaan untuk berkomunikasi juga berkait rapat dengan kejutan budaya. Kefasihan bahasa atau kesediaan untuk cuba berkomunikasi dalam bahasa asli di negara lain telah dikenalpasti sebagai satu ciri peribadi yang boleh menjejaskan kegagalan atau kejayaan seseorang yang berada di negara asing. Ketidakupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan di negara asing akan mencetus kejutan budaya. Ini disebabkan kegagalan berkomunikasi dalam sebutan dan dialek yang tepat akan mewujudkan konflik di antara pendengar dengan pengucap.
5. Faktor DemografiPenyelidikan telah menunjukkan bahawa sifat-sifat demografi adalah berhubung kait dengan darjah kejutan budaya yang dialami. Jantina adalah faktor demografi yang boleh mempengaruhi kejutan budaya. Kajian telah membuktikan bahawa golongan wanita akan mengalami kejutan budaya dalam peringkat yang lebih tinggi dan mereka menghadapi kesukaran untuk beradaptasi yang lebih besar berbanding dengan golongan lelaki kerana bias budaya yang menentang perempuan. Situasi ini banyak berlaku di negara-negara masculin seperti Timur Tengah, Amerika Latin dan Jepun (Black & Gregersen, 1991).
Reverse Culture ShockDefinisiMenurut Orange (2007), reverse culture shock adalah satu proses readjusting, reacculturating dan reassimilating ke dalam budaya sebenar seseorang selepas tinggal dalam budaya yang berbeza untuk suatu tempoh masa. Secara ringkasnya, reverse culture shock adalah kejutan budaya yang dialami oleh seseorang selepas balik ke budaya sebenarnya. Reverse culture shock juga dikenali sebagai re-entry shock.
Peringkat-Peringkat1. DisengagementPeringkat disengagement bermula ketika anda masih di luar negara. Pada peringkat ini, anda berfikir tentang kepulangannya dan membuat segala persediaan yang perlu, termasuk mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan. Anda mungkin berasa sedih, kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang telah dikenali tetapi perlu bergantung kepada individu.
2. EuphoriaPeringkat euphoria bermula sejurus sebelum tiba di negara asal. Pada peringkat ini, anda mungkin berasa terlalu teruja dapat kembali ke negara asal, dan orang di sekeliling juga berasa gembira menyambut kepulangannya. Perasaan pada peringkat ini adalah sama ketika mula-mula sampai di luar negara. Tempohnya berbeza-beza mengikut individu. Pada permulaannya, rakan-rakan dan keluarga teruja mendengar pengalaman di luar negara yang diceritakan. Peringkat ini berakhir apabila sampai satu tahap, mereka tidak lagi mengambil perhatian dan sudi mendengar seperti yang dijangkakan pada mulanya.
3. AlienationPeringkat alienation adalah satu peringkat di mana perasaan kecewa, marah dan kesunyian bercampur-baur dan tidak tahu mengapa berasa demikian. Ini kerana anda kurang diberi perhatian dan rasa terasing di negara sendiri. Anda mungkin berasa meluat dengan keadaan dan orang di sekeliling, dan hilang sabar kerana tahap kebolehan sendiri melakukan sesuatu tidak seperti yang dijangka sebelum ini. Anda terasa ingin pulang semula ke luar negara.
4. Gradual adjustmentPada peringkat ini, anda mula dapat menyesuaikan diri. Anda sedar akan bahawa proses ‘reverse culture shock’ tidak kekal. Anda kembali melakukan rutin asal, tetapi tidak semuanya sama seperti yang ditinggalkan sebelum ini kerana individu telah berubah dari segi sikap, kepercayaan dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Lebih banyak perubahan yang berlaku dalam diri, lebih sukar untuk kembali kepada keadaan asal. Walau bagaimanapun, anda tetap berusaha melihat segala aspek secara positif. Anda mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyambung proses mempelajari bahasa baru.
(Orange, 2007)
Masalah Yang Dihadapi1. BosanSetelah merasai kehidupan berbeza yang penuh dengan cabaran dan tidak pernah anda merasai sebelum ini, selepas balik ke tempat asal anda akan berasa bosan, tidak gembira, dan tidak berminat tentang benda atau orang yang disekeliling. Anda akan rindu kehidupan ketika di luar negara.
2. Reverse HomesicknessBalik ke tempat asal sepatutnya merupakan perkara yang mengembirakan. Tetapi setelah menghabiskan suatu tempoh masa di luar negara, anda tidak mudah menyesuaikan semula di negara asal anda. Anda akan rindu pasal orang, tempat, atau gaya hidup di luar negara .
3. Kurang orang yang sedia mendengarKawan dan ahli keluarga mungkin tidak berminat mendengar pengalaman dan cabaran anda semasa berada di negara luar. Mereka mungkin tidak menolak atau menafikan pengalaman atau kejayaan yang anda dapat, cuma mereka tak dapat bayangkan apa perasaan anda.
4. Perhubungan telah berubahSelepas suatu tempoh yang panjang anda berada di negara luar, perhubungan anda dengan kawan atau ahli keluarga mungkin akan berubah. Sikap dan pemikiran anda juga akan berubah setelah dipengaruhi oleh budaya luar. Satu hubungan yang baru akan terjalin semula dengan ahli keluarga dan kawan anda.
5. Salah faham oleh orang lainSesetengah orang akan fokus dalam perubahan pemikiran atau sikap anda dan menjalankan proses penilaian. Proses ini lalu dengan cepat, jika anda tidak bertindak untuk mengubah streotype mereka. Mereka mungkin akan salah faham perkataan atau perbuatan anda apabila berkomunikasi dengan mereka. Contohnya, anda bercakap sesuatu yang anda rasa kelakar dan lucu, tetapi orang lain mungkin rasa anda sedang berlagak.
(Bruce, 1997, Kendle, 2006, Kepets, 1995)
Cara-cara Untuk Mengatasi1. Terima perubahan yang telah berlaku di segala yag berada di sekelilingAnda, keluarga anda dan rakan-rakan anda telah menghadapi perubahan sama ada perubahan yang besar atau yang kecil. Bersedia diri untuk menghadapi masa re-adjustment dan masalah yang bakal dihadapi. Anda boleh berhubung dengan mereka sebelum anda balik ke negara asal anda untuk menerime maklumat yang baru. Cuba untuk berfikir secara positif tentang perubahan ini.
2. Ingat bahawa perubahan anda tidak semestinya diterima oleh orang lain.Moral anda adalah terikat dengan budaya anda. Pengalaman yang tinggal di luar negara boleh mengubah cara anda melihat dunia dan moral anda. Perubahan ini berlaku tanpa disedari. Ahli keluarga dan rakan-rakan anda mungkin tidak dapat menerima cara dan idea yang baru dan berbeza daripada budaya mereka. Anda perlu sensitif kepada budaya tempatan.
3. Berfikir tentang cara anda mahu berkongsi pengalaman dengan orang lainAhli keluarga dan rakan anda mungkin bertanya tentang masa anda di luar negara. Tetapi mereka juga berasa seronok dan ingin juga berkongsi pengalaman mereka dengan anda semasa anda tidak berada di sisi mereka. Bersedia diri untuk menjadi seorang pendengar dan pengucap yang baik pada masa yang sama.
4. Menjadi flesibel kepada budaya tempatan dan menunjukkan penghormatan
kepada budaya tempatanAnda perlu menjadi flesibel untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan. Jangan berfikir negara asal anda akan berubah mengikut jangkaan anda semasa anda berada di luar negara. Berhati-hati dalam cara anda memberi komen dan kritikan kepada budaya asal anda. Anda boleh mengambil kesempatan untuk menerapkan pengetahuan anda yang baru dengan budaya tempatan.
5. Menjadi sensitif dan sabar kepada perasaan dan kelakuan orang lainReadjustment mungkin menderita, tetapi ia kadang-kala membantu anda ingat akan ini adalah salah satu proses untuk anda mengubahkan dan menyesuaikan diri dengan pengalaman baru anda. Memberi masa kepada diri sendiri untuk mengenali semula orang di sekelilig anda. Jangan marah kerana mereka tidak menujukkan enthusiastik kepada cerita anda. Ingat bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan segala yang anda ceritakan.
(Guides, 2002)
Black, J. S. (1990). Personal Dimensions and Work Role Transitions. Management International Review. 30:119-134.
Black, J. S. & Gregersen, H. B. (1991). The Other Half of the Picture: Antecedents of Spouse Cross-Cultural Adjustment. Journal of International Business Studies. 3: 461-478.
Bruce, A. (1997). Culture Shock at Home: Understanding Your Own Change - The Experience of Return. Transitions Abroad. Pada: http://www.transabroad.com (14 Februari, 2009)
Guides, N. (2002). Beating Reverse Culture Shock. Pada: http://www.studentshelpingstudents.com/studyabroad_revcultshock.html (14 Februari, 2009)
Kendle, A. (2006). Can You Survive Reverse Culture Shock? Pada: http://www.vagabondish.com/how-to-survive-reverse-culture-shock/ (14 Februari, 2009)
Kepets, D. (1995). Back in the USA: Reflecting on Your Study Abroad Experience and Putting it to Work. NAFSA: Association of International Educators. Pada: http://www.nafsa.org (14 Februari, 2009)
Lin, M. X. (2008). Pragmatic Failure in Intercultural Communication & English Teaching in China. China Media Research. 4(3):43-52.
Nisbett, R. E. (2001). Culture and Systems of Thought: Holistic versus Analytic Cognition. Psychological Review. 108(2): 291-310.
Orange, P. N. (2007). Reverse Culture Shock. Pada: http://britishexpats.com/articles/moving-abroad/reverse-culture-shock/ (14 Februari, 2009)